Zakat Pendapatan
Setiap muslim yang cukup syarat diwajibkan menunaikan zakat pendapatan setiap tahun ke atas semua sumber gaji atau perolehan wang. kewajipan ini ditegaskan dalam rukun islam keempat: membayar zakat bagi mereka yang berkemampuan.
Kelebihan zakat
zakat bukan sahaja bermanfaat kepada penerima, malah memberi kesan positif kepada pembayar dan masyarakat keseluruhannya. antara hikmah dan kelebihannya ialah:
- Menyokong pembangunan masyarakat melalui agihan kepada asnaf seperti fakir miskin, anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan
- Mengukuhkan perpaduan ekonomi umat islam dengan berkongsi cara untuk memajukan harta
- Mengeratkan hubungan antara pemberi dan penerima zakat walaupun tidak bertemu secara langsung
- Mengelakkan iri hati, serta memberi motivasi kepada penerima untuk berusaha menjadi penyumbang pada masa hadapan
- Membentuk sifat tanggungjawab, khususnya dalam diri ketua keluarga
- Membersihkan harta daripada unsur syubhah
- Menjadi satu bentuk ibadah dan tanda syukur atas rezeki kurniaan allah swt
Fatwa zakat pendapatan
terdapat dua kategori utama zakat pendapatan:
- Zakat gaji
- berdasarkan keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan kali ke-56 (7 mei 2003)
- pengiraan dibuat daripada pendapatan kasar setahun
- kadar zakat ditetapkan 2.5% daripada jumlah tersebut
- Zakat pendapatan profesional
- melibatkan mereka yang bekerja secara bebas (freelance) seperti penulis, perunding, pelakon, pengacara dan seumpamanya
- muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan kali ke-31 serta muzakarah khas (9 disember 1992) menetapkan:
- umat islam boleh menunaikan zakat daripada pendapatan gaji, dan jumlah itu layak mendapat rebat cukai oleh lembaga hasil dalam negeri
- zakat diwajibkan atas pendapatan tahunan profesional kerana ia termasuk dalam kategori zakat perniagaan
Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.
Klik link di bawah