Zakat Perak
Sama seperti emas, perak juga wajib dizakatkan kerana ia digunakan sebagai alat muamalat dan mempunyai nilai tukaran. hari ini, wang kertas atau syiling yang kita guna dianggap setara dengan emas dan perak kerana berfungsi sebagai kuasa membeli.
nisab zakat perak ditetapkan sebanyak 595 gram.
Dalil kewajipan zakat perak
📖 al-quran
“dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan allah, maka khabarkanlah kepada mereka azab seksa yang pedih.”
(surah at-taubah: ayat 34)
🕌 hadis nabi s.a.w
“apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun), diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan zakat emas kecuali kamu mempunyai 20 dinar. apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haul, diwajibkan zakatnya setengah dinar. demikianlah kadarnya jika nilainya bertambah. tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(riwayat abu daud, daripada saidina ali r.a)
Cara kira zakat perak
Semua perak, sama ada dipakai sebagai perhiasan atau disimpan, wajib dizakatkan bila cukup nisab. pengiraannya adalah:
Nilai semasa perak (per gram) × jumlah gram yang dimiliki × 2.5%
📌 Contoh kiraan:
- Jumlah perak: 600 gram
- Harga semasa: RM2.45 / gram (30 april 2014)
- Zakat = 600 × RM2.45 × 2.5%
- Zakat = RM36.75
Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.
Klik link di bawah