Zakat KWSP / EPF

KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ialah simpanan hasil gaji pekerja yang disimpan di bawah akta KWSP . soalan biasa timbul: perlu ke bayar zakat untuk duit kwsp ni?

Jawapannya: Ya, wajib – tapi hanya bila wang tersebut dikeluarkan. selagi ia berada dalam akaun KWSP , ia belum dikira milik sempurna, jadi tak wajib zakat lagi.


Bila kena bayar zakat kwsp?

πŸ“Œ sebaik sahaja duit KWSP dikeluarkan & cukup nisab β†’ wajib zakat (2.5%)
πŸ“Œ konsepnya sama seperti zakat simpanan


Fatwa tentang zakat KWSP

πŸ“– mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan (jul 2006) memutuskan:

  • zakat wajib dibayar apabila wang kwsp dikeluarkan, cukup nisab & haul
  • pencarum digalakkan bayar zakat terus selepas pengeluaran, tanpa perlu tunggu setahun haul

Cara kira zakat KWSP

1. sebelum umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

  • 2.5% dari jumlah pengeluaran sahaja
  • jika kurang dari nisab, boleh dicampur dengan pendapatan lain

πŸ“Œ contoh:
nisab 2024 = RM24,007
En. Ali (35 tahun) keluarkan rm10,000 melalui skim i-sinar
zakat = RM10,000 Γ— 2.5% = RM250


2. selepas umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

  • 2.5% dari jumlah keseluruhan wang KWSP
  • dikira seperti zakat simpanan
  • tidak perlu lagi tolak caruman KWSP dalam zakat pendapatan bagi yang masih bekerja

πŸ“Œ contoh:
nisab 2024 = RM24,007
En. Ahmad (55 tahun) ada baki KWSP RM100,000
zakat = RM100,000 Γ— 2.5% = RM2,500

Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.

Klik link di bawah