Zakat KWSP / EPF
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ialah simpanan hasil gaji pekerja yang disimpan di bawah akta KWSP . soalan biasa timbul: perlu ke bayar zakat untuk duit kwsp ni?
Jawapannya: Ya, wajib β tapi hanya bila wang tersebut dikeluarkan. selagi ia berada dalam akaun KWSP , ia belum dikira milik sempurna, jadi tak wajib zakat lagi.
Bila kena bayar zakat kwsp?
π sebaik sahaja duit KWSP dikeluarkan & cukup nisab β wajib zakat (2.5%)
π konsepnya sama seperti zakat simpanan
Fatwa tentang zakat KWSP
π mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan (jul 2006) memutuskan:
- zakat wajib dibayar apabila wang kwsp dikeluarkan, cukup nisab & haul
- pencarum digalakkan bayar zakat terus selepas pengeluaran, tanpa perlu tunggu setahun haul
Cara kira zakat KWSP
1. sebelum umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
- 2.5% dari jumlah pengeluaran sahaja
- jika kurang dari nisab, boleh dicampur dengan pendapatan lain
π contoh:
nisab 2024 = RM24,007
En. Ali (35 tahun) keluarkan rm10,000 melalui skim i-sinar
zakat = RM10,000 Γ 2.5% = RM250
2. selepas umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
- 2.5% dari jumlah keseluruhan wang KWSP
- dikira seperti zakat simpanan
- tidak perlu lagi tolak caruman KWSP dalam zakat pendapatan bagi yang masih bekerja
π contoh:
nisab 2024 = RM24,007
En. Ahmad (55 tahun) ada baki KWSP RM100,000
zakat = RM100,000 Γ 2.5% = RM2,500
Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.
Klik link di bawah