Zakat Pendapatan

Setiap muslim yang cukup syarat diwajibkan menunaikan zakat pendapatan setiap tahun ke atas semua sumber gaji atau perolehan wang. kewajipan ini ditegaskan dalam rukun islam keempat: membayar zakat bagi mereka yang berkemampuan.

Kelebihan zakat

zakat bukan sahaja bermanfaat kepada penerima, malah memberi kesan positif kepada pembayar dan masyarakat keseluruhannya. antara hikmah dan kelebihannya ialah:

  • Menyokong pembangunan masyarakat melalui agihan kepada asnaf seperti fakir miskin, anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan
  • Mengukuhkan perpaduan ekonomi umat islam dengan berkongsi cara untuk memajukan harta
  • Mengeratkan hubungan antara pemberi dan penerima zakat walaupun tidak bertemu secara langsung
  • Mengelakkan iri hati, serta memberi motivasi kepada penerima untuk berusaha menjadi penyumbang pada masa hadapan
  • Membentuk sifat tanggungjawab, khususnya dalam diri ketua keluarga
  • Membersihkan harta daripada unsur syubhah
  • Menjadi satu bentuk ibadah dan tanda syukur atas rezeki kurniaan allah swt

Fatwa zakat pendapatan

terdapat dua kategori utama zakat pendapatan:

  1. Zakat gaji
    • berdasarkan keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan kali ke-56 (7 mei 2003)
    • pengiraan dibuat daripada pendapatan kasar setahun
    • kadar zakat ditetapkan 2.5% daripada jumlah tersebut
  2. Zakat pendapatan profesional
    • melibatkan mereka yang bekerja secara bebas (freelance) seperti penulis, perunding, pelakon, pengacara dan seumpamanya
    • muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan kali ke-31 serta muzakarah khas (9 disember 1992) menetapkan:
      • umat islam boleh menunaikan zakat daripada pendapatan gaji, dan jumlah itu layak mendapat rebat cukai oleh lembaga hasil dalam negeri
      • zakat diwajibkan atas pendapatan tahunan profesional kerana ia termasuk dalam kategori zakat perniagaan

Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.

Klik link di bawah