Zakat Perniagaan

Perniagaan adalah salah satu cara utama untuk mencari rezeki. sama seperti zakat pendapatan, hasil daripada aktiviti bisnes juga tertakluk kepada zakat perniagaan. bezanya, zakat perniagaan lebih fokus kepada pengiraan berdasarkan operasi dan keuntungan syarikat atau bisnes, manakala zakat pendapatan lebih kepada mereka yang bekerja makan gaji.


Apa itu zakat perniagaan?

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib ditunaikan daripada hasil atau keuntungan aktiviti bisnes. ia meliputi pelbagai bidang seperti:

  • pembuatan & perkhidmatan
  • jual beli barangan
  • pertanian, perladangan & perlombongan
  • logistik, perkapalan & pembekalan
  • perdagangan saham & perniagaan atas talian

Semua bentuk bisnes — sama ada milikan tunggal, perkongsian (termasuk dengan bukan islam), syarikat, koperasi, gerai kecil mahupun perniagaan online — tetap dikenakan zakat bila cukup syarat.


Kelebihan bayar zakat perniagaan

Membayar zakat bukan sekadar kewajipan, tapi juga mendatangkan banyak manfaat, antaranya:

✅ Membersihkan hasil bisnes daripada unsur syubhah atau tersalah kira
✅ Menanam rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan
✅ Memberi dorongan untuk berusaha lebih baik agar dapat menyumbang lebih banyak pada masa depan
✅ Rasa puas hati kerana membantu asnaf & menyumbang kepada pembangunan masyarakat
✅ Meningkatkan taqwa – bukti bahawa harta yang dibelanjakan di jalan allah swt tidak akan merugikan

Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.

Klik link di bawah