Zakat Wang Simpanan
ramai orang islam tahu tentang zakat fitrah dan zakat harta. tapi, masih ramai yang terlepas pandang bahawa dalam kategori zakat harta tu ada satu lagi bahagian penting — iaitu zakat simpanan.
kebiasaannya, kita hanya fokus pada zakat perniagaan atau zakat pendapatan. sedangkan, duit yang kita simpan pun ada tanggungjawab zakat jika cukup syarat. ramai yang tak sedar tentang siapa wajib bayar zakat simpanan, berapa nisabnya, dan berapa kadar yang perlu ditunaikan.
Apa itu zakat simpanan?
secara ringkasnya, zakat simpanan ialah zakat yang dikenakan atas wang atau aset yang kita simpan. bukan sekadar duit dalam akaun bank, tapi juga bentuk simpanan lain yang boleh jadi alat tukar beli, contohnya:
- emas & perak
- pelaburan seperti asb, saham, bon simpanan
- simpanan tunai di bank atau di luar bank
Jika simpanan-simpanan ini cukup syarat (nisab & haul), maka ia wajib dizakatkan di bawah kategori zakat simpanan.
Contoh simpanan yang dikenakan zakat:
✅ Duit dalam akaun bank (simpanan atau semasa)
✅ Wang tunai yang disimpan di rumah / tempat lain
✅ ASB & Sijil bon simpanan
✅ Pegangan saham
✅ Pelaburan jangka panjang
✅ Simpanan dalam bentuk emas & perak
Kami memberikan komitmen 100% memastikan urusan bayar zakat anda selamat, mudah dan pantas. Termasuk bayaran zakat secara online.
Klik link di bawah